Semakin mencabar dan semakin menduga di semester 4. Berjuanglah sehingga ke titisan dakwat yang terakhir....



 
PENGUMUMAN
 
 
 
 
 
 
 
 
Penafian
Buku Tetamu
Email Kami
Semester 4
Muat Turun
Tugasan
Sekapur Sireh
Laman Utama
 
SISWA SISWI PGSR MUZIK 2008
IPGM KAMPUS CAWANGAN TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT
 
 
 
SEMBANG ONLINE
Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) telah mengambil pelajar sesi November 2008 bertujuan untuk merealisasikan sasaran 50 peratus guru sekolah rendah adalah berkelulusan ijazah.Seramai 3,667 pelopor PGSR telah mendaftarkan diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara pada 17 November 2008. Program minggu suaikenal telah disusun bagi membolehkan mahasiswa membiasakan diri dengan suasana pengajaran dan pembelajaran di IPGM. Kelihatan semuanya amat bersemangat untuk memulakan kuliah. Persediaan mental dan fizikal perlu untuk terus mengharungi cabaran dan dugaan selama 8 semester ini. Inshaallah...suatu hari nanti siswa dan siswa PGSR ini pasti akan menggenggam segulung ijazah.
 
FIKIRKAN TEMAN...
 
APA KATA KETUA OPSYEN
 
PANORAMA IPTHO
Teman, sekian lama kita mengajar dan mendidik anak bangsa, lantas kita diberi peluang untuk menyambung ilmu di menara gading. Usahlah teman dan taulan merasa patah semangat setelah langkah pertama telah kita lalui. Justeru teruskan tekad dan usaha. Percayalah teman, suatu hari nanti segulung ijazah pasti di dalam genggaman kita.
Terima kasih kepada semua rakan sekuliah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Opsyen bagi Kumpulan PGSR Muzik semester ke tiga ini. Kerjasama dari semua diharapkan agar semua yang perancangan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Terima kasih.
Cikgu Shamim bin Ahmad Shamsudin seorang siswa yang sentiasa ceria semasa kuliah. Gelagat sentiasa mencuit hati. Tetapi yang dikagumi ialah semangatnya yang tetap gigih untuk mendapatkan segulung ijazah. Dan suatu hari nanti gelaran guru siswazah akan menjadi miliknya. Terus berusaha Bro Shamim....
Memberi tumpuan sepenuhnya semasa kuliah adalah kunci kepada kejayaan kumpulan PGSR Muzik 2008. Sesi kuliah berjalan dalam suasana yang memberangsangkan memberi semangat kepada semua untuk terus menimba ilmu.
Suasana yang tenang dan mendamaikan ketika menjejakkan kaki di IPTHO Batu Pahat. Suasana yang sebegini semestinya memberi inspirasi kepada semua siswa dan siswi untuk terus belajar dengan gigih.
Hakcipta Terpelihara 2008
Website : http://www.pgsrmuzik08iptho.com ::Email : siswasiswi@pgsrmuzik08iptho.com
WEBMASTER: Cikgu Zaedi Ahmad
 
GELAGAT
 
PAUTAN WEB
 
HARGAI MASA
 
JUMLAH PENGUNJUNG
hit counter html code
hit counter javascript
SEMASA
Gelagat orang lama Bro Shamim bersama Wak Hamdan. Seringkali berkonflik dalam apa juga perkara. Namun persahabatan sentiasa akrab dan mesra. Ibarat kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut. Begitulah dengan Bro Shamim dan Wak Hamdan, sentiasa ceria dan gembira semasa atau di luar kuliah.


 
KULIAH DAN AKTIVITI
''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

 
Sesi interaksi semester 4 telah bermula pada 16 Jun 2010. Satu taklimat dari Penyelaras PGSR IPTHO telah diadakan di Balai Ilmu jam 8.00 pagi. Semua siswa dan siswi dimaklumkan mengenai perjalanan interaksi semester 4.
Bagi siswa siswi PGSR Muzik, berikut ialah subjek yang perlu disempurnakan.
Subjek Minor:
Subjek Major:


Dari kiri hadapan: Cg. Hanafiah bin Elias, Cg. Mohamad Azam bin Hamid, Cg Hamdan bin Mohd Akim, Cg, Zainuddin bin Abu Naim, Cg. Mohd Ali bin Hadoon@ Adon, En. Johar bin Junid (Tutor PGSR Muzik), Cg. Khairul Fauzi bin Mohd Noh, Cg.Shamim bin Ahmad Shamsuddin, Cg. Zulkpli bin Salleh, Cg Azlen bin Abd Karim Cg. Zallani bin Mohd Adam. Dari kiri belakang: Cg.Saiful Hairy bin Jailani, Cg. Zailina bte Arpin, Cg.Fauziah bte Ibrahim, Cg Noraini bte Misbah, Cg. Tang Li Li,  Cg. Normasati bte Mohd Rabu,  Kasturi A/P Subramaniam, Cg Tan Soh Hun, Cg. Noraini bte Sarip, Cg. Puniah bte Mohd, Cg Fazlina bte Md Lui, Cg.Siti Aisyah bte Othman, Tay Seok Hong, Cg Mariam bte Mohd Salleh, Cg Hazerene bte Sabudin, Cg Zarina bte Hasni, Cg Ghulam Zaedi bin Ahmad.
Suasana kuliah yang kondusif.  Sesi pembentangan sentiasa ceria, meriah dan mesra. Pensyarah sentiasa tersenyum dengan gelagat siswa siswi PGSR Muzik IPTHO.

Program BIG Di Pantai Punggur sesi 1 sungguh mencabar kudrat siswa siswi yang sedang meningkat veteran. Namun kegigihan dan kecekalan serta ketekalan mampu mengharungi cabaran dan dugaan, walaupun meredah ombak di tengah laut.


Lokasi wajib sebelum sesi kuliah bermula. Di sinilah sekelian siswa berkumpul dipagi hari. Di sudut kiri kantin inilah kami berkolaborasi sebelum kuliah. Ada yang me"ngeteh" atau me"ngopi" secawan dua bersama sepasang roti iaitu  roti telur dan roti kosong buat mengalas perut.