Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) telah mengambil pelajar sesi November 2008 bertujuan untuk merealisasikan sasaran 50 peratus guru sekolah rendah adalah berkelulusan ijazah.Seramai 3,667 pelopor PGSR telah mendaftarkan diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara pada 17 November 2008. Program minggu suaikenal telah disusun bagi membolehkan mahasiswa membiasakan diri dengan suasana pengajaran dan pembelajaran di IPGM. Kelihatan semuanya amat bersemangat untuk memulakan kuliah. Persediaan mental dan fizikal perlu untuk terus mengharungi cabaran dan dugaan selama 8 semester ini. Inshaallah...suatu hari nanti siswa dan siswa PGSR ini pasti akan menggenggam segulung ijazah.
Teman, sekian lama kita mengajar dan mendidik anak bangsa, lantas kita diberi peluang untuk menyambung ilmu di menara gading. Usahlah teman dan taulan merasa patah semangat setelah langkah pertama telah kita lalui. Justeru teruskan tekad dan usaha. Percayalah teman, suatu hari nanti segulung ijazah pasti di dalam genggaman kita.
PSK 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
MZU 3112V ALAT MUZIK UTAMA-VOKAL 2
BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Hakcipta Terpelihara 2008
Website : http://www.pgsrmuzik08iptho.com ::Email : siswasiswi@pgsrmuzik08iptho.com
WEBMASTER: Cikgu Zaedi Ahmad
Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua pendekatan utama telah dikenal pasti sepanjang tempoh RMKe-9 iaitu:
• menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu untuk memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan di kalangan pelajar; dan
• mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.
Hasil Pembelajaran Khusus:
- Menghuraikan konsep Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dari perspektif pembentukan warganegara yang bertanggungjawab.
- Menjelaskan skop Pendidikan Sivik Dan kewarganegaraan.
- Menghuraikan kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
- Menghuraikan ciri-ciri guru Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang cemerlang.
A: Tugasan Individu:
Baca satu artikel dalam keratan akhbar, majalah atau jurnal. Pilih salah satu skop yang dapat mencetus kesedaran sivik dan kewarganegaraan pada diri anda, masyarakat dan negara.
- Perspektif diiri dan dunia luar (self in the world)
- Konsep "good citizen" berbeza mengikut masa, budaya, gender dan falsafah politik.
- Individu dan masyarakat yang sentiasa berinteraksi.
- Individu dan negara.
- Kenalpasti isu/ skop anda supaya dapat memberi kesedaran sivik dan kewarganegaraan.
- Kumpul maklumat bebrkaitan dengan isu/ skop yang dipilih.
- Beri penjelasan kenapa anda memilih bagi mengatasi isu/ skop tersebut.
- Buat peta minda berdasarkan maklumat yang dikumpul. Peta minda anda perlulah tepat, jelas dan menarik. Anda boleh menggunakan kemahiran ICT untuk menghasilkan peta minda.
B. Tugasan Berkumpulan
Merujuk kepada Huraian Sukatan pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, pilih satu tema:
- Sayangi Diri
- Sayangi Keluarga
- Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat.
- Kenali Budaya Malaysia.
- Malaysia Negaraku.
- Sedia Hadapi Cabaran.
- Kenalpasti tema anda.
- Kumpul maklumat mengenai tema tersebut dari internet, akhbar, jurnul dan sebagainya.
- Sediakan satu isi kandungan pengajaran yang dapat anda gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak.
- Buat rangka konsep mengenai isi kandungan tema tersebut supaya dapat memebri satu kefahaman atau kesedaran sivik dan kewarganegaraan.
- Buat satu pembentangan dengan menggunakan ICT.
Sila Muat Turun Contoh Cover Tugasan Dan Power Point
MZU
AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA
Lagu Pilihan Individu:
Tudung Periuk
Melaka
Do Re Mi
Aneka Selera
If Bread
Lagu Pilihan Berpasangan:
The Olive Tree
Senjakala
Majukan Diri
Ais kacang
Melawat Musim Menuai
SISWA SISWI PGSR MUZIK 2008
IPGM KAMPUS CAWANGAN TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT
Sesi interaksi semester 4 telah bermula pada 16 Jun 2010. Satu taklimat dari Penyelaras PGSR IPTHO telah diadakan di Balai Ilmu jam 8.00 pagi. Semua siswa dan siswi dimaklumkan mengenai perjalanan interaksi semester 4.
Bagi siswa siswi PGSR Muzik, berikut ialah subjek yang perlu disempurnakan.
Subjek Minor:
- PSK 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
- BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Subjek Major:
- MZU3101V ALAT MUZIK UTAMA-VOKAL2