Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) telah mengambil pelajar sesi November 2008 bertujuan untuk merealisasikan sasaran 50 peratus guru sekolah rendah adalah berkelulusan ijazah.Seramai 3,667 pelopor PGSR telah mendaftarkan diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara pada 17 November 2008. Program minggu suaikenal telah disusun bagi membolehkan mahasiswa membiasakan diri dengan suasana pengajaran dan pembelajaran di IPGM. Kelihatan semuanya amat bersemangat untuk memulakan kuliah. Persediaan mental dan fizikal perlu untuk terus mengharungi cabaran dan dugaan selama 8 semester ini. Inshaallah...suatu hari nanti siswa dan siswa PGSR ini pasti akan menggenggam segulung ijazah.
Teman, sekian lama kita mengajar dan mendidik anak bangsa, lantas kita diberi peluang untuk menyambung ilmu di menara gading. Usahlah teman dan taulan merasa patah semangat setelah langkah pertama telah kita lalui. Justeru teruskan tekad dan usaha. Percayalah teman, suatu hari nanti segulung ijazah pasti di dalam genggaman kita.
PAUTAN LAMAN WEB PENDIDIKAN
Hakcipta Terpelihara 2008
Website : http://www.pgsrmuzik08iptho.com ::Email : siswasiswi@pgsrmuzik08iptho.com
WEBMASTER: Cikgu Zaedi Ahmad
Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, dua pendekatan utama telah dikenal pasti sepanjang tempoh RMKe-9 iaitu:
• menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu untuk memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan di kalangan pelajar; dan
• mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.
Sila Muat Turun Contoh Cover Tugasan Dan Power Point
MZU
AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA
SISWA SISWI PGSR MUZIK 2008
IPGM KAMPUS CAWANGAN TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT
Sesi interaksi semester 3 telah bermula pada 01 Disember 2009. Satu taklimat dari Penyelaras PGSR IPTHO telah diadakan di Balai Ilmu jam 8.00 pagi. Semua siswa dan siswi dimaklumkan mengenai perjalanan interaksi semester 3
Bagi siswa siswi PGSR Muzik, berikut ialah subjek yang perlu disempurnakan.
Subjek Minor:
- WAJ 3103 ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY 2
- BMM 3101 PENGAJARAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SK
Subjek Major:
- MZU3105 TEORI MUZIK II
- MZU310P VOKAL 1
- MZU3108 KECEKAPAN KIBOD II
- MZU31047 MUZIK DALAM BILIK DARJAH